Bot Laju Cuba Bolos Perairan Sandakan Diusir

usir-bot.jpg

Bot yang dijuragani seorang PTI Filipina diusir keluar dari perairan di Pulau Nunuyan, Sandakan.

Kongsi Bersama

SANDAKAN: Sebuah bot yang dijuragani seorang lelaki dipercayai pendatang tanpa izin (PTI) diusir ketika cuba menceroboh masuk perairan negara, di kawasan Pulau Nunuyan di sini lewat petang kelmarin.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sandakan DSP Rusdin Banin berkata pasukan mengesan bot terbabit dalam keadaan mencurigakan dari perairan negara jiran yang memasuki perairan negara sebelum ianya berjaya dipintas.

“Bot terbabit kemudian diusir dengan diiringi polis marin sehingga keluar dari perairan negara dan diarahkan supaya tidak memasuki perairan negara selaras dengan kehendak undang-undang Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 bagi mengekang penularan wabak COVID-19,” katanya dalam kenyataan media.

Rusdin berkata, pihaknya menggalakkan masyarakat pesisir pantai dan maritim khususnya untuk menyalurkan apa-apa maklumat melalui aplikasi WhatsApp PPM Wilayah 4 Sabah di talian 013-9391197 atau terus ke balai berdekatan untuk tindakan lanjut.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top