Bot karam: Seorang pelancong asing lemas, lapan selamat

bot-tenggelam.jpg

Seorang pelancong berusia 38 tahun lemas selepas bot yang dinaikinya bersama lapan yang lain karam di Pulau Timba-Timba, Semporna semalam. - Gambar ihsan polis Sabah

Kongsi Bersama

SEMPORNA: Seorang pelancong asing ditemukan lemas manakala, lapan pelancong lain berjaya diselamatkan dalam kejadian bot karam di perairan Pulau Timba-Timba kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.10 pagi itu, bot dinaiki sembilan pelancong asing itu karam semasa dalam perjalanan dari Jeti Pulau Mataking ke Pulau Timba- Timba.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superitendan Mohd. Farhan Lee Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian bot karam membabitkan sembilan pelancong asing itu pada pukul 4 petang.

“Berdasarkan maklumat awal, salah seorang daripada mangsa iaitu satu lelaki warga asing berusia 38 tahun telah meninggal dunia dipercayai lemas manakala, lapan mangsa lain berjaya diselamatkan.

“Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, punca kejadian masih dalam siasatan.

Susulan itu, pihak polis menaham empat lelaki termasuk tiga warga asing yang berusia 22 hingga 40 tahun bagi membantu siasatan.

Kesemua suspek akan dibawa untuk mendapatkan tahanan reman di Mahkamah Majistret Semporna.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan semua pemilik bot supaya berhati-hati semasa menggunakan bot dan menyediakan peralatan keselamatan seperti jaket dan sebagainya.

Sebarang maklumat berkenaan kejadian itu boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat kes Inspektor Khadijah Mohd. Seruji di talian 019-8718002 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top