Bot Karam Di Semporna: Mayat Kanak-kanak Ditemukan Terapung, Tidak Sempurna

mangsa-emas.jpeg

Mayat mangsa dibawa ke daratan untuk diserahkan kepada pihak polis. – Ihsan Bomba

Kongsi Bersama

SEMPORNA: Mangsa terakhir tragedi bot karam yang dilaporkan hilang di sekitar perairan Pulau Nusa Tengah, sejak Jumaat ditemukan di perairan Kampung Pokas di sini, petang semalam.

Mayat Padli Ambit, 7, ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dalam keadaan tidak sempurna dan terapung di perairan terbabit, kira-kira 300 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Mayat mangsa ditemukan oleh anggota Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) yang bertugas dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa bot karam tersebut. Mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Pada Jumaat, bot pam dinaiki mangsa bersama bapanya, Ampit Gopek, 25, serta dua mangsa lain telah karam akibat dipukul ombak kira-kira pukul 1 petang semasa dalam perjalanan membeli ikan untuk dijual di pasar.

Kejadian berlaku ketika bot dinaiki empat mangsa sedang dalam perjalanan dari Pulau Menampilik ke Jeti Kahanga sebelum dipukul ombak sehingga karam. Dua lelaki dewasa ditemukan selamat manakala dua mangsa iaitu Padli dan seorang lagi kanak-kanak iaitu Nasirin Katibin berusia tujuh ditemukan lemas.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top