Bonnie pecah rekod dunia lagi

Bonnie.jpg

Bonnie mengangkat bebanan 231kg pada percubaan ketiga, sekali gus memperbaharui rekod dilakarnya sebelum ini. - Foto Facebook/World Para Powerlifting

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin terus mencipta sensasi dengan memecah rekod dunia miliknnya sendiri bagi kategori lelaki atas 72 kilogram (kg) dalam Kejohanan Dunia Para Powerlifting di Dubai pada Khamis.

Bonnie mengangkat bebanan 231kg pada percubaan ketiga, sekali gus memperbaharui rekod dilakarnya sebelum ini iaitu 230kg ketika saingan Piala Dunia Powerlifting Fazza Dubai ke-11 pada Jun 2021.

Catatan dilakukan atlet kelahiran Sarawak itu semalam jauh meninggalkan pencabar terdekatnya dari Itali, Donato Telesca yang merangkul perak dengan angkatan 202kg.

Pingat gangsa pula menjadi milik wakil Uzbekistan, Bekzod Jamilov menerusi angkatan 200kg.

Kejohanan yang membuka tirai sejak Rabu lepas akan berakhir 30 Ogos ini. – BERNAMA

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top