Bomba tangkap buaya sesat di taman awam Teluk Likas

buaya-teluk-likas.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Seekor buaya tembaga dipercayai tersesat masuk ke dalam parit kawasan taman awam Teluk Likas Jalan Tun Fuad, di sini berjaya ditangkap sepasukan anggota bomba pada Jumaat malam.

Sinar Harian dalam laporannya memetik Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu sebagai berkata, seramai lapan anggota dikejar ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan itu jam 12.21 tengah malam oleh orang awam yang menyedari kehadiran reptilia dianggarkan sepanjang 2.1 meter tersebut.

“Sebaik tiba, terdapat seekor buaya dianggarkan seberat 180 kilogram berada dalam parit kawasan tersebut.

“Operasi menangkap buaya dilakukan menggunakan penjerut dan mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengeluarkan haiwan tersebut dari parit berkenaan,” katanya ketika dihubungi akhbar itu pada Sabtu.

Katanya lagi, buaya itu kemudian dibawa ke balai bomba dan akan diserahkan ke Jabatan Hidupan Liar (JHL) untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi ditamatkan jam 1 pagi selepas kawasan tersebut dipastikan selamat,” katanya

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top