Bomba Bantu Tanggalkan Cincin

bomba-cincin.jpg
Kongsi Bersama

LAHAD DATU: Seorang lelaki  tempatan terpaksa menahan kesakitan selepas sebentuk cincin ‘Buatan Sendiri’ melekat pada jari manis tangan kanannya di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya mengambil masa selama 20 minit untuk menanggalkan cincin tersebut dengan menggunakan peralatan khas (Mini Grinder).

Katanya, mangsa berusia 43 tahun itu berasal dari Kampung Paris 3, Kota Kinabatangan mendapatkan rawatan di Hospital Lahad Datu selepas mendapati kedua-dua tapak tangannya membengkak.

“Setelah diperiksa oleh pegawai perubatan hospital mendapati terdapat sebentuk cincin dipakainya melekat pada jari tangan kanannya.

“Pihak bomba menerima panggilan daripada unit kecemasan Hospital Lahad Datu untuk meminta bantuan bagi menanggalkan cincin (stainless steel) tersebut,” katanya di sini hari ini.

Sumsoa menasihatkan orang ramai agar berhati-hati serta peka dalam pemakaian cincin buatan sendiri.

“Sekiranya terdapat kesan tanda jari membengkak, mereka perlu menanggalkan cincin tersebut bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku,” katanya. –SNT

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top