Bomba Bantu Keluarkan Kemaluan Kanak-Kanak Tersepit Pada Zip Seluar

IMG_20220111_212157.jpg
Kongsi Bersama

MEMBAKUT: Bomba terpaksa dipanggil untuk membantu seorang budak sekolah lelaki melepaskan kemaluannya yang tersepit di zip seluarnya di sini hari ini.

Satu pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis, diketuai Pegawai Kanan Operasi, PBT Jaffar Salleh dan Pegawai Operasi, PBK II Anuar Bahrin begegas ke tempat kejadian di Klinik Kesihatan Membakut selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 9.52 pagi.

Setiba di lokasi kejadian didapati benar terdapat seorang budak sekolah lelaki berumur lingkungan 8 tahun tersepit kemaluannya di zip seluar.

Pasukan Bomba bertindak memotong zip tersebut dan melonggarkan bahagian yang tersepit.

Setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud operasi ditamatkan pada jam 10.50 pagi.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top