Boleh Rentas Daerah Seluruh Sabah Mulai Esok (14 Okt), Rentas Negeri Mulai 1 Nov

hajiji-8.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri pada hari ini bersetuju supaya rentas daerah dibenarkan di seluruh negeri bermula esok (14 Oktober).

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, kebenaran ini bersyarat iaitu individu hendaklah telah lengkap divaksin; bagi remaja berumur 12 hingga 18 tahun hendaklah sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin; dan bagi kanak-kanak di bawah 12 tahun hendaklah ditemani oleh ibu bapa yang telah lengkap divaksin.

Selain itu, beliau juga mengumumkan Kerajaan Negeri bersetuju membenarkan rentas negeri mulai 1 November.

Katanya, kemasukan ke Sabah meliputi lawatan sosial dan pelancongan adalah dibenarkan dengan syarat iaitu individu telah lengkap divaksin; perlu menjalani ujian Covid-19 RT-PCR atau RTK-Ag (swab/saliva) dalam tempoh tiga hari sebelum perjalanan; bagi remaja berumur 12 hingga 18 tahun hendaklah sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin; dan bagi kanak-kanak di bawah 12 tahun hendaklah ditemani oleh ibu bapa yang telah lengkap divaksin.

“Kerajaan Negeri berpuashati dengan laporan peratus vaksinasi lengkap Negeri Sabah setakat 11 Oktober 2021 oleh Jawatankuasa Covid-19 Immunisation Task Force (CITF) telah mencapai melebihi 70%,” kata Hajiji dalam kenyataan medianya hari ini.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top