KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) semalam melakukan pertukaran calon bagi kerusi Parlimen P191 Kalabakan.
Kelmarin, pada majlis pengumuman calon-calon GRS-BN di Magellan Sutera, di sini, BN menamakan Aslan Fadli Samsul Aling di kerusi parlimen tersebut.
Bagaimanapun semalam Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin memaklumkan bahawa BN menamakan ADUN Tanjung Batu yang juga Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Andi Muhammad Suryady Bandy bagi menggantikan Aslan Fadli bertanding di Parlimen Kalabakan.
Parlimen Kalabakan merupakan antara kubu kuat BN Sabah. Ia bagaimanapun bertukar milik pada PRU14 apabila calon parti Warisan Ma’mun Sulaiman yang mendapat 18.486 undi berjaya mengalahkan Datuk Seri Panglima Abdul Ghafur Salleh (BN) dan dua calon lain dari PAS dan Parti Perpaduan Rakyat Sabah dengan majoriti 3,187 undi.