BN Tidak Namakan Siapa Pun Calon PM?

anwar-tsmy.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Masuk hari ketiga penentuan siapa akan menjadi Perdana Menteri Ke-10 yang memerlukan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) mendapatkan sokongan Ahli Parlimen lain, ada perkembangan terbaharu dikatan berlaku dalam kalangan wakil rakyat Barisan Nasional (BN).

BH difahamkan, 30 Ahli Parlimen BN dikatakan hampir mencapai kata sepakat untuk tidak menamakan mana-mana pemimpin daripada PH atau PN sebagai calon Perdana Menteri.

Mereka sebaliknya bersetuju mempersembah cadangan kepada Yang di-Pertuan Agong hari ini supaya fungsi kerajaan sementara yang sedang berjalan, diteruskan dalam satu tempoh tertentu sehingga sebuah kerajaan baharu dibentuk kelak.

Sumber parti itu memaklumkan, semua Ahli Parlimen BN dijadual menandatangani satu akaun bersumpah (SD) pagi ini bagi menzahirkan cadangan itu untuk dipersembah kepada agong sebelum jam 2 petang ini.

Saingan untuk menjadi Perdana Menteri Ke-10 terarah kepada Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pada PRU15, PH memperoleh 82 kerusi Parlimen, manakala PN pula mendapat 73 kerusi.

Untuk menubuhkan kerajaan, sesebuah parti atau gabungan parti perlu mendapat majoriti mudah sokongan 112 Ahli Parlimen daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat.

Persoalan itu bagaimanapun akan terungkai pagi ini apabila Ahli Parlimen BN dan PH dilaporkan menghadiri majlis yang dikatakan untuk menandatangani SD menyokong Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.

Katanya, kesepakatan itu selepas BN tidak mempunyai jumlah Ahli Parlimen mencukupi untuk membentuk kerajaan, namun sedar suasana politik tidak menentu juga memaksa fungsi sebuah kerajaan sementara diteruskan khususnya dalam menjamin kelancaran urusan Parlimen dan pentadbiran kerajaan.

 

Baca seterusnya di: BHarian

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top