BN Sokong Kerajaan Pimpinan Hajiji, Yakub Dilantik Jadi Wakil Untuk Berunding

yakub-2.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) memutuskan untuk terus memberi sokongan kepada Kerajaan Negeri Sabah pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, pendirian itu sejajar dengan ketetapan parti-parti di peringkat Persekutuan yang membentuk Kerajaan Perpaduan.

Menurutnya, Sekretariat Tetap Kerajaan Perpaduan Malaysia juga telah dibentuk untuk menyelaras semua parti yang berada dalam kerajaan.

“Ini termasuk ketetapan Majlis Pimpinan Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia yang bersidang pada 7 Februari lalu untuk diwujudkan sekretariat serupa di peringkat negeri-negeri termasuk Sabah.

“Barisan Nasional Sabah dipertanggungjawabkan bagi menggembleng segala usaha dan upaya untuk memastikan agenda perpaduan ini dapat direalisasikan.

“Ia sekali gus memberikan khidmat bakti terbaik kepada rakyat Sabah melalui Kerajaan Perpaduan Sabah,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Tambah beliau, BN menamakan Datuk Yakub Khan selaku Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah untuk mewakili UMNO dan BN Sabah dalam perundingan dengan Kerajaan Perpaduan Sabah.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top