BN Pilih Bung Moktar Jadi ‘Jeneral’ Perang PRN Sabah

bung.jpg
Kongsi Bersama

Barisan Nasional (BN) menamakan Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin sebagai ‘jeneral’ perangnya dalam pilihan raya negeri yang bakal berlangsung September ini.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Parlimen hari ini.

Bung merupakan Ahli Parlimen Kinabatangan dan juga Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah.

Dalam perkembangan yang sama Zahid berkata, BN bersedia berunding mengenai pembahagian kerusi dengan parti-parti tempatan Sabah termasuk PBS dan STAR.

Senarai calon hanya akan diputuskan selepas perundingan, katanya.

“BN sedia berkompromi untuk bertanding di kerusi-kerusi Dun yang turut menarik minat PBS dan STAR.

“Begitu juga, kita terbuka untuk bekerjasama dengan Parti Cinta Sabah (PCS), yang kini dipimpin oleh mantan menteri luar, Datuk Seri Anifah Aman,” katanya, sambil menambah bahawa perbincangan akan diadakan dengan bekas pemimpin Umno Sabah itu, yang meninggalkan parti itu sejurus selepas Pilihan raya umum 2018.

Menurut Zahid lagi, BN juga menyerahkan kepada Bung Moktar untuk menentukan calon ketua menteri sekiranya gabungan itu menang dalam PRN nanti.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top