BN Perlu Perbaiki Imej Untuk Kembalikan Keyakinan Rakyat – Salleh

SSK.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi Umno perlu memperbaiki imej untuk mengembalikan keyakinan rakyat, terutama selepas tewas pada pilihan raya umum ke-14 yang lepas, kata bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Bagi merealisasikan matlamat itu, beliau berkata parti gabungan itu perlu mengutamakan isu masyarakat dan bukan hanya mementingkan ideologi untuk menyakinkan rakyat.

“Saya yakin sungguh, sejak kegagalan yang lalu kita lihat perubahan demi perubahan telah berlaku,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Menurut Salleh, kunci kestabilan politik ada pada BN dan bukannya Pakatan Harapan.

ADUN Usukan itu berkata dibandingkan dengan dua gabungan ini, BN ternyata terbukti lebih berpengalaman dan mempunyai hubungan parti lebih kukuh. –Jesselton Times/The Malaysian Insight


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top