BN Bentuk Kerajaan, Sulaiman Angkat Sumpah Jawatan KM Esok

sulaiman-KM-Melaka.jpg
Kongsi Bersama

MELAKA: Datuk Seri Sulaiman Md. Ali dijangka mengangkat sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 esok selepas Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk Kerajaan Negeri Melaka.

Dipercayai majlis angkat sumpah Ketua Menteri berlangsung di hadapan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam di Istana Melaka pada pukul 1 petang esok.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, BN menang besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka apabila menguasai 20 kerusi setakat kini.

Sulaiman sebelum ini dinamakan sebagai calon Ketua Menteri jika BN berjaya mendapat mandat kerajaan negeri. – UTUSAN ONLINE


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top