Biro Penerangan Gagasan Rakyat buat laporan polis terhadap Azis Jamman

lapor-aziz.jpg

Halil Ruffili (kiri) dan Tsabbit Mukti (kanan) menunjukkan laporan polis yang dibuat pada Sabtu.

Kongsi Bersama

PENAMPANG: Biro Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) telah membuat laporan polis terhadap Ketua Penerangan Parti Warisan (WARISAN), Datuk Mohd Azis Jamman susulan tuduhan menyamakan komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sama seperti ‘Firaun’.

Laporan dibuat oleh dua Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Gagasan Rakyat Halil Ruffli dan Tsabbit Mukti di Balai Polis Penampang kelmarin (Sabtu).

Halil berkata kenyataan Azis Jamman sangat berniat jahat seolah-olah GRS itu kerajaan yang zalim dan disamakan dengan firaun, manakala pemimpin-pemimpin Warisan adalah seperti Nabi Musa.

“Ucapan Azis Jamman ini sangat jelas menghasut rakyat dengan menggunakan agama bagi memesongkan akidah rakyat.

“Kita sedia maklum rakyat negeri ini sangat menolak ekstremis yang menggunakan agama demi kepentingan politik yang akhirnya akan membawa kepada perpecahan keharmonian rakyat Sabah yang selama ini telah wujud.

“Oleh itu saya menyeru kepada masyarakat Sabah agar tidak terpengaruh dengan cara politik sedemikian” kata Halil.

Sementara itu, Tsabbit yang juga AJK Biro Penerangan Gagasan Rakyat Pusat berkata mana-mana pihak bebas berkempen kerana Pilihan Raya Negeri akan berlaku tidak lama lagi tapi tidak patut menyamakan parti lawan sebagai ‘firaun’.

“Kita faham Pilihan Raya Negeri Sabah akan berlaku dalam tempoh lebih kurang setahun dari sekarang.

“Mana-mana pihak bebas untuk berkempen tapi ia tidak sepatutnya menjadi alasan untuk pemimpin politik menyamakan parti lawan sebagai ‘firaun’. Firaun adalah sejahat- jahat manusia,” tegasnya. – Penerangan Gagasan Rakyat

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top