Bintang mega India, Rajinikanth kunjungi PM

dsai-rajnikanth.jpg

Foto: IG @anwaribrahim_my

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan bintang mega India, Rajinikanth ke pejabatnya di Putrajaya, di sini.

“Hari ini saya menerima kunjungan bintang filem India, Rajinikanth yakni satu nama yang tidak asing lagi di pentas dunia seni Asia dan antarabangsa,” katanya dalam perkongsian di X di sini, pada Isnin.

Anwar memberitahu, dalam lawatan itu, Rajinikanth juga menyatakan hasratnya untuk memasukkan elemen kemasyarakatan yang diperjuangkan Perdana Menteri dalam filem beliau kelak.

“Saya hargai penghormatan yang diberikan beliau terhadap perjuangan saya khasnya terkait isu kesengsaraan dan penderitaan rakyat.

“Dititipkan doa agar Rajinikanth terus cemerlang dalam lapangan dan dunia perfileman,” ujarnya.

Aktor berusia 72 tahun itu dikatakan tiba di Kuala Lumpur pada malam Sabtu menaiki pesawat Malaysia Airlines.

Rajinikanth yang dikenali sebagai Thailava (ketua) dalam kalangan peminat dunia, difahamkan sudahpun kembali ke Chennai, India kira-kira pukul 11.20 pagi (waktu tempatan).

Beliau berkunjung ke Malaysia buat kali pertama secara rasminya pada 2016 bagi menjalani penggambaran filem perdana Kabali.

Kabali ialah filem ke-159 lakonan legenda filem Tamil itu, dan pelakon itu membawakan watak ketua mafia, mengambil inspirasi daripada kisah benar yang pernah diangkat ke layar perak berjudul Departed lakonan Jack Nickholson.

Filem tersebut ditayangkan pada 14 April 2016 turut membariskan tiga pelakon tempatan iaitu Datuk Rosyam Nor, Norman Hakim serta Zack Taipan.

Rajinikanth atau The Boss yang sudah bergelar aktor sejak lima dekad lalu, hingga kini sudah membintangi lebih 160 filem.

 

Sumber: ASTRO AWANI

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top