Binatang Liar Punca Gangguan Bekalan Elektrik Di Sabah, Kata Menteri

blackout.jpg

Gambar hiasan

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Gangguan binatang liar dan lebihan beban berpunca daripada sambungan haram antara punca berlakunya gangguan bekalan elektrik di Sabah.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata sebanyak 97.7% peratus masalah gangguan bekalan elektrik di negeri itu berlaku di peringkat sistem pengagihan dengan purata tempoh gangguan bekalan elektrik selama 332 minit tahun lalu.

Takiyuddin

“Sebahagian besar gangguan bekalan elektrik di Sabah, sebanyak 97.7% berpunca daripada masalah di peringkat sistem pengagihan… antara faktor yang menyumbang kepada gangguan elektrik di peringkat pengagihan adalah gangguan binatang liar.

“Ini fakta yang diperolehi… (punca lain) pokok yang menganggu kabel, kerosakan kabel dan lebihan beban yang berpunca daripada sambungan haram,” katanya ketika menggulung perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementerian itu.

Terdahulu, Datuk Seri Madius Tangau (UPKO-Tuaran) meminta kementerian itu menjelaskan apakah punca utama gangguan bekalan elektrik yang dihadapi Sabah, berbanding negeri lain.

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) memperuntukkan sebanyak RM1.36 bilion bagi menjayakan 32 projek dalam usaha mengurangkan gangguan bekalan elektrik di Sabah.

Katanya, KeTSA menyasarkan untuk mengurangkan kadar gangguan bekalan elektrik di Sabah kepada 150 minit menjelang 2025 susulan kerja-kerja menaik taraf dilaksanakan.

“Ini perkara yang sedang dikaji pasukan petugas khas di kementerian bersama dengan Sabah Electricity Sdn. Bhd (SESB) untuk selesaikan masalah ini.

“Saya percaya peruntukan lebih RM1.0 bilion dalam setiap RMK juga dibuat untuk menyelesaikan masalah ini,”katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top