Bina hospital baharu di Sandakan, tempatkan di kawasan Parlimen Libaran – Suhaimi

IMG-20231020-WA0000.jpg
Kongsi Bersama

Oleh: Jaafar Abd Wahid

 

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta mempertimbangkan pembinaan sebuah hospital  baharu  di Sandakan  dan diletakkan di kawasan Parlimen Libaran  seiring dengan pertambahan penduduk dan kepesatan pembangunan di daerah ini.

Ahli Parlimen Libaran , Datuk Suhaimi Nasir  ketika menzahirkan permintaan itu berkata, dengan adanya hospital tersebut penduduk di Parlimen Libaran  terutamanya di kawasan pendalaman  dan pulau-pulau  dan kawasan sekitar akan berpeluang  mendapat akses  kesihatan yang terdekat selain  fasiliti kesihatan lengkap tanpa perlu ke hospital Duchess  of Kent Sandakan yang sudah tidak dapat menampung jumlah pesakit yang semakin meningkat

Katanya, ketika ini  Hospital Duchess  of Kent Sandakan terpaksa menampung jumlah  pesakit  yang ramai dari tiga buah kawasan Parlimen  di bandar Sandakan selain pesakit dari daerah-daerah lain seperti Kinabatangan Beluran dan Telupid.

“Lebih memburukkan keadaan  hospital ini, turut mengalami kekurangan tenaga doktor pakar seperti pakar jantung, bedah dan bius, justeru itu adalah wajar untuk membina sebuah hospital kedua yang baharu dan diletakan di kawasan Parlimen Libaran,”  katanya ketika mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat pada Khamis.

Menurut  Suhaimi yang juga Ketua UMNO bahagian Libaran pembinaan hospital baharu di kawasan Libaran  bukan sahaja dapat mengurangkan kesesakan di  hospital Duchess  of  Kent Sandakan yang mempunyai kawasan terhad termasuk trmpat meletak kenderaan, tetapi juga dapat menguramgkan kesesakan di bandar Sandakan secara umumnya.

Dalam perkembangan yang sama Suhaimi berkata dalam Belanjawan 2024 Kerajaan Perpaduan memperlihatkan komitmen yang tinggi melalui peningkatan peruntukan pembangunan  kepada Sabah iaitu sebanyak RM6.6 bilion berbanding belanjawan 2023 yang berjumlah RM 6.1 billion  di mana kadar kenaikan peruntukan ini, seiring dengan usaha memperkasakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Saya berharap kerajaan negeri akan memanfaatkan sepenuhnya peruntukan yang diluluskan untuk menyelesaikan isu-isu utama terutamanya isu  insfrastruktur seperti jalan raya, air dan elektrik yang membelenggu kehidupan rakyat Sabah,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top