Bilionair termuda di dunia

Livia.jpg

Livia...kaya, cantik dan bergaya.

Kongsi Bersama

WASHINGTON: Seorang remaja di Brazil yang berusia 19 tahun, Livia Voigt dinamakan sebagai bilionair termuda dunia.

Mengikut senarai Indeks Bilionair Forbes 2024, gadis itu merampas gelaran itu daripada seorang remaja Itali, Clemente Del Vecchio, yang hanya dua bulan lebih tua daripadanya.

Livia Voigt ialah pewaris salah satu pengeluar motor elektrik terbesar di negara rantau Amerika Latin.

Remaja itu ialah pemegang saham individu terbesar di WEG, sebuah syarikat yang datuknya, Werner Ricardo Voigt adalah pengasas bersama.

Menurut laporan Forbes, Livia kini seorang penuntut universiti dan bukan sebahagian daripada lembaga pengarah syarikat berkenaan.

Nilai bersih kekayaannya ialah AS$1.1 bilion (kira-kira RM4.7 bilion).

Bukan sahaja Livia Voigt, malah kakaknya Dora Voigt de Assis juga antara tujuh nama baharu dalam senarai 25 bilionair termuda Indeks Bilionair Forbes, tahun ini.

Dora, 26, mempunyai nilai bersih AS$1.1 bilion (kira-kira RM4.7 bilion) dan memiliki ijazah seni bina.

Dalam pada itu, laporan Forbes turut menyatakan semua bilionair yang lebih muda daripada 30 tahun, mewarisi kekayaan mereka daripada keluarga,

Secara keseluruhan, terdapat 2,781 bilionair dalam Indeks Bilionair Forbes 2024. Jumlah itu dijangka meningkat pada tahun akan datang apabila generasi tua bersiap sedia untuk mengagihkan kekayaan mereka kepada anak-anak mereka.

Tinjauan menerusi kajian oleh majalah Forbes mendapati terdapat 15 bilionair berumur 30 tahun ke bawah, tetapi tidak ada yang mencipta kekayaan mereka sendiri, sebaliknya mewarisinya daripada keluarga. – AGENSI

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top