Bila lebih 100 tan ikan terdampar…

bangkai-ikan.jpg

Pekerja-pekerja menggunakan pelbagai kaedah untuk membersihkan bangkai ikan yang baunya mengganggu ketenteraman penduduk.

Kongsi Bersama

Kita tentu seronok kalau dua tiga ekor ikan terdampar di tepi sungai atau di pantai.

Kita akan lebih seronok jika jumlahnya mencecah beberapa kilo.

Tetapi bagaimana jika yang terdapat itu beribu-ribu ekor, malah beratus ribu dan ikan-ikan itu pula semuanya telah mati?

Bagi penduduk-penduduk di sekitar Volos, sebuah bandar pelabuhan kira-kira 330 km ke utara Athens, Greek, kehadiran ratusan ribu bangkai ikan di sungai dan teluk berdekatan cukup merimaskan disebabkan baunya yang busuk.

Pihak berkuasa menyalahkan turun naik cuaca yang melampau sebagai penyebab kematian ikan-ikan air tawar tersebut.

Kesemua ikan itu dihanyutkan ke Teluk Pagasetic oleh air banjir yang surut akibat dibadai ribut Daniel dan mati serta-merta setelah bertemu dengan air laut yang masin.

Pekerja-pekerja terpaksa memasang pukat di sepanjang sungai untuk mengaut kesemua ikan yang mati.

Selain itu sebuah jengkaut dikerahkan ke tebing sungai untuk membersihkan kesemua bangkai ikan tersebut dengan mengangkutnya ke dalam sebuah lori sampah.

Dianggarkan berat keseluruhan bangkai ikan itu melebihi 100 tan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top