Biden Tewaskan Trump, Kamala Harris Wanita Pertama Jadi Naib Presiden AS

biden-and-harris.jpg
Kongsi Bersama

KEMENANGAN calon Demokrat, Joe Biden, sebagai presiden baharu Amerika Syarikat disambut baik oleh rakyat negara itu.

Mereka membanjiri jalan raya untuk meraikan kemenangan tersebut yang menyaksikan Biden melepasi ambang 270 undi minimum yang diperlukan untuk menang secara keseluruhannya.

Pennsylvania adalah negeri yang mendorong Biden mendapat 290 undi elektoral, sekali gus menjadikannya sebagai presiden Amerika Syarikat ke-46.

Kegembiraan turut dikongsi pemimpin dunia yang mengucapkan tahniah atas kejayaan Biden menentang penyandang, Donald Trump dari parti Republikan, yang hanya meraih 214 undi elektoral.

Sementara itu kemenangan Parti Demokrat dalam Pilihan Raya Amerika Syarikat (AS) itu juga turut melakar sejarah baharu apabila Kamala Harris menjadi wanita pertama dilantik sebagai Naib Presiden.

Bukan itu sahaja, Harris turut menjadi wanita kulit hitam pertama menjawat jawatan berkenaan.

Harris yang mempunyai darah Asia Selatan, India dan Jamaica, juga akan menjadi wanita pertama yang mempunyai darah campuran menjadi Naib Presiden.

Harris juga bekas Senator California dalam satu ciapan di akaun Twitter rasminya, berkata bahawa pilihan raya ini cukup bermakna baginya dan juga Presiden, Joe Biden.

“Ini melibatkan jiwa Amerika dan keinginan kami untuk memperjuangkannya. Kami mempunyai banyak tugas yang menanti di masa hadapan. Mari kita lakukannya,” jelasnya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top