Biar Sabah Tetapkan SOP Sendiri, Kata SEAC

restotan-sabah.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menerima sokongan daripada Majlis Penasihat Ekonomi Sabah (SEAC) berhubung kelonggaran sekatan makan di restoran dan kedai di negeri ini.

Pengerusinya, Tan Sri David Chu Sui Kiong  mempersoalkan keengganan Putrajaya mengenai perkara itu dengan mengatakan Majlis Keselamatan Negara (MKN) selama ini membenarkan Sabah mengeluarkan kenyataan harian berhubung prosedur operasi standard (SOP).

David Chu

“Tindakan menariknya semula adalah tidak masuk akal.

“Sabah mampu mengawal pandemik dengan lebih baik berbanding kebanyakan negeri di Semenanjung bagi setiap 1,000 populasi dan lebih baik lagi bagi setiap kilometer persegi.

“Ia tidak logik atau masuk akal dari segi ekonomi untuk menyamakan Sabah dengan negeri lain yang mempunyai bilangan kes lebih besar,” katanya dalam satu kenyataan.

Chu berkata, apabila Sabah dikenakan perintah kawalan prgerakan (PKP) kerana jangkitan kes yang tinggi, MKN tidak melaksanakan sekatan seperti itu di Semenjanjung.

Oleh itu katanya, kenyataan Hajiji yang membenarkan makan di restoran dan kedai serta pelbagai aktiviti ekonomi lain adalah untuk membantu pemulihan ekonomi negara daripada Covid-19 yang menjadi objektif utama kerajaan.

“SEAC ingin meminta kerajaan menerapkan dasar pragmatik bagi membolehkan Sabah terus mengeluarkan SOP sendiri.

“Pemimpin kerajaan Sabah lebih tahu mengenai keadaan di negeri ini berbanding pemimpin di peringkat kerajaan persekutuan.

“Untuk bersikap adil, kerajaan persekutuan tidak sepatutnya mengenakan sekatan yang keterlaluan terhadap mana-mana negeri yang mencatatkan penurunan kes dan berada pada tahap yang boleh diterima.

“Campur tangan berlebihan dan tidak diperlukan ini boleh menyebabkan keadaan menjadi tidak produktif. Biar rakyat Sabah sendiri menguruskan SOP bagi mencapai pemulihan ekonomi lebih cepat,” kata Chu.

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top