Biar Sabah, Sarawak Tentukan Polisi Imigresen, Armizan Jawab Zaid

armizan-zaid.jpg
Kongsi Bersama

PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Armizan Mohd Ali berkata dasar berhubung prosedur kemasukan mana-mana pihak ke negeri itu termasuk warga Semenanjung ditentukan kerajaan negeri-negeri berkenaan.

Ahli Parlimen Papar itu berkata, peruntukan undang-undang dalam Bahagian 7 Akta Imigresen 1959/1963 memberikan kuasa khas kepada Sabah dan Sarawak apabila Persekutuan Malaysia ditubuhkan.

“Ini sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan, Perjanjian Malaysia 1963 dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC). Perlu atau tidak sebarang perubahan polisi imigresen, biar Sabah dan Sarawak tentukan,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas kenyataan bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim yang meminta Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelesaikan “perkara mudah” dahulu sebelum terus melaksanakan perubahan institusi yang agak mencabar.

Zaid berkata, antara perkara mudah dimaksudkan itu termasuk membabitkan kemasukan penduduk Semenanjung ke Sabah dan Sarawak.

“Bolehkah perdana menteri minta kedua-dua negeri itu supaya membenarkan warga Semenanjung pergi sana tanpa keperluan IC (kad pengenalan) atau pasport?” katanya.

Katanya, peruntukan kuasa imigresen bagi kedua-dua negeri itu mengehadkan kemasukan penduduk Semenanjung hampir 70 tahun lalu mungkin ada asasnya, namun beliau tidak melihat keperluan pelaksanaan itu lagi pada masa ini.- FMT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top