‘Biar Rakyat Nilai Tindakan Mereka’ – Warisan

leiking.jpg

Leiking (gambar fail).

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Timbalan Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Darell Leiking enggan mengulas lanjut berkenaan isu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang melompat parti, sebaliknya membiarkan mereka ‘menikmati’ jalan hidup yang telah dipilih.

Menurut Utusan Malaysia Warisan sebaliknya menyerahkan kepada rakyat untuk menilai tindakan dibuat wakil rakyat yang sanggup berpaling tadah dan menyertai parti politik lain ketika Warisan tidak memiliki banyak kelebihan sebagai pembangkang di Sabah.

Meskipun keluar parti, hakikatnya, wakil-wakil rakyat yang menang dalam pilihan raya negeri sebelum ini kerana tiket Warisan dan tidak didorong oleh perkara lain.

Semakin banyak kami bercakap tentang tindakan mereka, mereka semakin gembira. Jadi, lebih baik berdiam diri sahaja dan fokus kepada mempertahan, memperkasa dan memperjuang prinsip parti.

Biarlah mereka menikmatinya, sedangkan mereka tahu parti yang memberi kemenangan dalam pilihan raya.

Biarlah Tuhan dan pengundi sahaja yang tahu apa niat sebenar mereka. Yang penting sekarang ialah Warisan menumpukan kepada perjuangan parti dalam arena politik ini. Saya ucapkan selamat maju jaya kepada mereka yang terlibat (keluar parti),” kata Leiking sebagaimana dilaporkan oleh akhbar itu.

ADUN Petagas, Datuk Awang Sah Awang Sahari baru-baru ini dalam sidang media di Kota Kinabalu dilaporkan mengambil keputusan keluar parti dan akan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) bagi memberi khidmat lebih baik kepada rakyat di kawasannya.

Beliau keluar parti kurang lima bulan selepas dilantik sebagai Bendahari Agung Warisan, 13 Oktober 2022.

Sebelum Awang Sah, tiga ADUN Warisan iaitu Norazlinah Arif (Kunak); Mohammad Mohamarin (Banggi) dan Chong Chen Bin (Tanjong Kapor) mengumumkan keluar parti pada 6 Februari lalu dan menyokong kerajaan Sabah di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Semalam Warisan kehilangan seorang lagi ADUNnya apabila wakil rakyat Karamunting George Hiew Vun Zin mengumumkan keluar parti itu dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).

Dengan tindakan George itu Warisan kini hanya mempunyai 14 ADUN Di Sabah manakala Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mendapat sokongan majoriti 50 ADUN.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top