Biar Pulih Dulu, Baru Laksana Gaji Minimum, Kata Majikan Di Sabah

pekerja-kilang.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Khalayak perniagaan di Sabah bimbang pelaksanaan gaji minimum RM1,500 akan memusnahkan banyak syarikat yang masih pun belum pulih daripada kesan akibat pandemik Covid-19.

Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Sabah Foo Ngee Kee berkata pelaksanaan mulai 1 Mei itu mungkin akan menjadi faktor penentu untuk segelintir perniagaan yang masih kekal untuk menghentikan operasi mereka.

Foo turut mewakili lapan lagi persatuan lain di Sabah termasuk Persatuan Perusahaan Kayu Sabah, Persatuan Perabot Sabah, Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah dan Persatuan Majikan Sabah.

“Kumpulan ini tidak membantah gaji minimum tapi buat masa ini, ia di luar kemampuan kewangan selepas terjejas akibat kesan pandemik.”

“Sebaik-baiknya kenaikan gaji itu diperkenalkan apabila perniagaan telah pulih dengan ketara supaya mereka mampu membayar kenaikan besar sebanyak 25% daripada kadar semasa RM1,200,” katanya.

Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) akan dikecualikan daripada pelaksanaan gaji minimum baharu pada 1 Mei.

Bagaimanapun, pelaksanaannya terhadap syarikat besar akan mewujudkan kesan limpahan terhadap perniagaan kecil.

“Ia juga akan menyebabkan peningkatan kos bekalan kepada PKS dan membawa kepada tekanan inflasi yang akan menghakis kuasa beli pekerja, walaupun gaji mereka meningkat,” kata Foo.

Awal minggu ini, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar berkata hanya syarikat besar saja yang perlu melaksanakan gaji minimum baru itu bermula 1 Mei.

Menteri itu berkata, kerajaan membuat keputusan untuk menangguhkan tarikh akhir bagi PMKS kerana mengambil kira kesan wabak Covid-19 ke atas perniagaan kecil.

 

Berita asal: FMT


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top