BERSATU Tidak Pernah Pandang Rendah Kewibawaan Parti Lain – Fairuz Renddan

fairuz.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ketua ARMADA BERSATU Negeri Sabah, Fairuz Renddan menjelaskan bahawa pimpinan tertinggi BERSATU sama ada dari peringkat pusat mahupun negeri tidak pernah memandang rendah kepada kewibawaan parti lain, terutama UMNO.

Katanya, penyatuan yang telah dicapai khasnya selepas pertukaran pentadbiran Kerajaan Pusat tahun lalu adalah bukti bahawa BERSATU mempercayai dan yakin dengan UMNO sebagai sebuah parti ‘senior’.

“Sudah pasti kita bekerjasama membentuk kerajaan bersama kerana kita juga hormat dan yakin dengan kredibiliti pemimpin-pemimpin dalam parti UMNO,” katanya dalam satu kenyataan media disini kelmarin.

Menurut Fairuz, segala isu berbangkit khasnya yang berbaur negatif yang mampu menggugat kesatuan GRS adalah satu unsur negatif yang memalukan dan diibaratkan sebagai ‘bodoh sombong’.

“Jika ada pemimpin dari BERSATU yang menilai parti UMNO dengan pernilaian negatif atau tidak sepatutnya, dan tidak memikirkan kesan jangka masa panjang kepada kerajaan Perikatan Nasional dan UMNO masa kini, pastinya itu adalah pandangan peribadi mereka sendiri dan sama sekali bukan pendirian dalam BERSATU,” tegas Fairuz.

Sebelum itu, Ketua ARMADA BERSATU Malaysia, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO bukan lagi kuasa besar dalam politik negara.

Kenyataan itu kemudian diselar oleh beberapa pemimpin UMNO, termasuk Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin.

Dalam laporan media berhubung perkara itu, Mohamad berkata walaupun Wan Fayhsal berhak untuk memberi pandangan, beliau tidak patut bercakap mengenai kekuatan parti lain.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top