Bersatu Tak Layak Burukkan Shafie

haslan.jpeg
Kongsi Bersama

SEMPORNA: Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Semporna, Mohd Daud Tampokong harus menyedari bahawa partinya itu masih terlalu mentah untuk membolehkannya memburukkan kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Sepatutnya, Mohd Daud harus menghargai kebaikan yang diusahakan Mohd Shafie kerana melakukan pembangunan pesat di Semporna sepanjang kepimpinan beliau sebagai Ketua Menteri.

Sehubungan itu, Ketua Wira Semporna Mohd Haslan Rani meminta Mohd Daud tidak sengaja membutakan mata melihat pembangunan pesat yang dinikmati penduduk di daerah Semporna.

Katanya, kebodohan seseorang pemimpin akan dapat dilihat jika mereka sengaja menafikan fakta dan kebenaran hanya kerana mahu meraih simpati politik daripada rakyat.

“Pemimpin yang baik sepatutnya tidak menafikan sumbangan pemimpin lain, sebaliknya menghargai kebaikan yang dilakukan seperti usaha Ketua Menteri membangunkan Semporna selama ini.

“Pemimpin yang kurang cerdik sengaja membutakan mata, bagi Mohd Daud seperti tiada apa-apa pembangunan di Semporna kerana niatnya adalah untuk menghasut fikiran rakyat supaya membenci kerajaan.

“Beliau mungkin buta, tetapi rakyat Semporna tidak buta kerana selama ini mereka tidak pernah diabaikan oleh kerajaan pimpinan Ketua Menteri,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Mohd Haslan turut mempersoalkan apa sebenarnya sumbangan yang diberikan BERSATU di Semporna selain hanya memporak-porandakan politik Sabah dan pecah belahkan rakyat.

“Sepatutnya sebagai orang Semporna beliau perlu memikirkan kelangsungan rakyatnya sendiri dan bukannya menjadi alat untuk mengkritik kepimpinan Ketua Menteri.

“Adakah beliau lupa sejak Ketua Menteri bersama UMNO dulu lagi, beliau sudah memajukan Semporna dan seluruh negeri ini.

“Jangan terlalu mengukur apa yang dilakukan dalam tempoh dua tahun lebih kerana sumbangan Ketua Menteri kepada Semporna sudah bermula sejak lebih 20 tahun lalu lagi,” katanya. – Borneo Today

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top