Bersatu Sabah Persoal Kenyataan Junz Wong

khairul-firdaus.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kenyataan yang di keluarkan oleh Adun Tanjung Aru, Junz Wong pada 16 Jun lepas di Facebook beliau berkenaan kononnya peruntukkan Adun-Adun pembangkang telah ditarik balik dan diberikan kepada Ketua-Ketua Bahagian Bersatu adalah satu kenyataan yang berniat jahat dan cuba mewujudkan keadaan yang negatif di dalam pentadbiran negeri Sabah.

Ketua Penerangan Bersatu Negeri Sabah, Khairul Firdaus Akbar Khan dalam satu kenyataan berkata sebagai seorang wakil rakyat, Junz harus matang dan berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan kerana setiap ayat yang dilontarkan boleh mencerminkan jenis kepimpinan pemimpin itu sendiri.

“Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) cukup memahami dan mendalami masalah-masalah rakyat Sabah ketika dalam mengharungi pandemik COVID-19 ini. Ini terbukti dengan pelbagai bantuan yang telah disalurkan dan yang akan di salurkan tidak lama lagi,” katanya.

Khairul Firdaus berkata, Junz Wong tidak harus pura-pura lupa dengan peruntukkan RM 100,000.00 kepada setiap Adun pembangkang yang diberikan oleh kerajaan negeri beberapa bulan lepas untuk mereka membantu rakyat di kawasan masing-masing.

“Kerajaan Warisan sewaktu menerajui kerajaan Sabah tidak pernah memberikan sebarang peruntukan kepada Adun-Adun pembangkang untuk disalurkan ke kawasan masing-masing.

“Sebagai seorang wakil rakyat yang mencintai negeri Sabah seharusnya dia bersama-sama membantu untuk membangunkan masyarakat dan negeri yang tercinta ini, bukannya menjadi tukang cerita yang membawa cerita karut dan tidak berfaedah,”tambah beliau.-pr/BNN

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top