BERSATU P.176 Kimanis Serah Bantuan Kepada 123 Pelajar

bersatu.jpg
Kongsi Bersama

BERSATU Bahagian P.176 Kimanis semalam telah mengadakan majlis Penyerahan Bantuan Melanjutkan Pelajaran Parlimen Kimanis -Fasa II, yang disempurnakan oleh ketuanya, Datuk Mohd Arifin Arif.

Majlis yang berlangsung di pejabat BERSATU Kimanis itu menyaksikan 123 pelajar menerima bantuan berkenaan. Mereka terdiri daripada 3 pelajar Asasi dan Matrikulasi, 13 pelajar peringkat Diploma dan 107 pelajar peringkat ijazah sarjana muda.

Turut hadir Timbalan Ketua Bahagian Bersatu P. 176 Kimanis, Amat Yusof dan Naib Ketua Bahagian Bersatu P. 176 Kimanis, Jonathan John. -Sumber: Bersatu Sabah Online


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top