BERSATU Labuan Siap Sedia Hadapi PRU15

suhaili-labuan.jpg
Kongsi Bersama

LABUAN: BERSATU Labuan menyiapkan jentera pilihan rayanya bagi memastikan parti itu bersedia pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

Ketua Bahagian BERSATU Labuan Datuk Suhaili Abdul Rahman berkata jentera parti telah memulakan persediaan di peringkat cawangan, pemuda dan wanita bagi memastikan Bersatu Bahagian Labuan memainkan peranan proaktif pada pilihan raya itu.

“Ketika ini, usaha gerak kerja jentera parti sedang diperkemas dan diperkukuh,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Agung Tahunan Cawangan-Cawangan BERSATU Bahagian Labuan 2021 di Dewan Konvensyen Ujana Kewangan pada Ahad.

Beliau berkata kemelut politik negara ketika ini menyebabkan Bersatu mengambil langkah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang situasi.

Katanya persidangan agung tahunan cawangan dan bahagian pada 14 November depan juga antara persediaan BERSATU Labuan untuk PRU15.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top