KOTA KINABALU: Sayap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berharap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Darau ditandingi calon daripada parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Bahagian Sepanggar, Abqaree Fawwaz Abekan (gambar), berkata DUN Darau adalah antara 13 kerusi yang wajar ditandingi parti itu.
“Saya yakin BERSATU dapat memenangi DUN Darau sekiranya diberi peluang untuk bertanding memandangkan sudah lama BERSATU bekerja dan mendampingi rakyat di kawasan terbabit.
“Calon muka baharu juga perlu diberi peluang bertanding di kerusi berkenaan. DUN Darau juga memerlukan wakil rakyat yang mempunyai wawasan bagi memastikan sosio ekonomi dan pendidikan rakyat terus diperkasa dan dipertingkatkan,” katanya.
Abqaree yang juga EXCO ARMADA Nasional berkata, lebih 45 peratus pengundi dalam kawasan Darau adalah pengundi muda yang akan menilai kemampuan calon berdasarkan manifesto yang ditawarkan.
“ARMADA Sepanggar yakin manifesto BERSATU dan Perikatan Nasional (PN) yang akan dilancarkan menjelang PRN adalah sebuah manifesto yang relevan, realistik dan inklusif untuk golongan muda.
“Kita tidak akan menawarkan manifesto yang tidak realistik dan sukar ditunaikan hanya semata-mata untuk menarik dan memancing sokongan rakyat,” katanya.
Sehubungan itu beliau berkata untuk memastikan Darau terus maju dan menikmati pembangunan, rakyat perlu memastikan calon daripada parti komponen PN menang dalam PRN nanti.
Abqaree juga menyatakan harapannya supaya pucuk pimpinan BERSATU dan parti gabungan PN akan mencapai kesepakatan dalam pengagihan kerusi.-bharian
BERSATU! BERSATU! BERSATU!