Bersatu Digugurkan Sebagai Komponen GRS

maximus-1.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Keanggotaan Bersatu sebagai komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah digugurkan pada 9 Disember lalu.

Perkara itu ditegaskan oleh timbalan pengerusi gabungan itu, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, keputusan pengguguran itu dibuat dalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi GRS yang dipengerusikan oleh beliau.

Menurut beliau, mesyuarat itu juga memutuskan untuk mengekalkan Datuk Seri Hajiji Haji Noor sebagai pengerusi GRS.

Ongkili yang juga Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) memaklumkan, mesyuarat AMT GRS turut memutuskan gabungan itu menyertai Kerajaan Perpaduan atas komitmen membina kerajaan yang stabil demi kepentingan kesejahteraan rakyat dan pembangunan tanah air.

Ketika mengulas lanjut beliau berkata kenyataan itu dikeluarkan susulan isu dibangkitkan Ketua Bersatu Sabah Ronald Kiandee, semalam, yang menyatakan Perjanjian Persefahaman Kerjasama ditandatangani GRS sebagai “tidak sah” kerana tidak mewakili aspirasi Bersatu sebagai parti pengasas GRS.

“YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee atau pun partinya tidak ada hubungan dengan perjanjian persefahaman kerajaan perpaduan yang prinsip dan matlamatnya telah ditolak oleh parti beliau,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top