BERSATU Beluran Kini Punyai 7000 Ahli

bersatu-beluran.jpg
Kongsi Bersama

BELURAN: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Beluran kini mempunyai 90 cawangan dengan keahlian seramai 7,000 orang.

Terbaru tiga lagi cawangan ditubuhkan di Kampung Bintang Mas, Kampung Ulu Sapi Sapapayau dan Kampung Sungai Sapi.

Penyerahan borang keahlian seramai 200 orang dari tiga cawangan itu disampaikan kepada Naib Presiden Bersatu yang juga Ketua Bahagian Bersatu Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee pada Majlis Berbuka Puasa di Kampung Bintang Mas Telupid, kelmarin.

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Beluran Samad Jambri dan Naib Ketua Bahagian Bersatu Beluran Nordin Semarang.-pr/BNN


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top