Bersama Kita Pertahankan DUN Usukan – SSK

ssk-2.jpg
Kongsi Bersama

KOTA BELUD: Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Usukan, Datuk Seri Salleh Said Keruak meminta rakyat di kawasan ini bersama-samanya untuk mempertahankan kerusi kawasan berkenaan dalam pilihan raya negeri pada 26 September ini.

Katanya, kerjasama baik penyandang Adun kawasan ini, Datuk Japlin Akim bersama para penyokongnya serta sokongan kuat ahli-ahli Umno yang diterajui Ketua Bahagiannya, Fadzli Juanas dan rakyat akan memastikan kejayaan BN di kawasan tersebut.

“Dengan gabungan sokongan ini serta aspirasi rakyat untuk menumbangkan parti Warisan, akan membantu kita untuk mempertahankan kerusi Usukan,” katanya dalam Majlis Bersama Pemimpin di PDM Kg Timbang Dayang, semalam.

Salleh menghadapi pertarungan tiga penjuru dengan ditentang calon PCS, Datuk Mohd Nazaruddin Datu Tigabelas dan Ahmad Bakhrin Mohd Yusof (Warisan).

Turut hadir Penasihat BN, Datuk Seri Najib Razak, Pengerusi BN Sabah, Datuk Bung Moktar Radin, Bekas Adun Usukan, Datuk Japlin Akim, Ketua Umno Bahagian Kota Belud, Fadli Juanas dan Ketua PDM Timbang Dayang, Matlan Marjan.

Bekas Ketua Menteri itu mengajak rakyat untuk mengubah balik kerajaan Warisan yang hanya berusia lebih dua tahun yang tidak berupaya melakukan apa-apa kepada rakyat dalam tempoh hayat pemerintahannya.

“Apa yang Warisan buat kepada rakyat dalam tempoh tersebut, sebab itu pilihan raya kali ini adalah masa untuk ubah balik.” tegas beliau.

Beliau berkata, Warisan mendakwa tidak mahu bekerjasama dengan parti-parti dari Semenanjung namun dalam masa yang sama parti itu bersama DAP, PKR dan Amanah.

Malah, katanya, DAP sanggup menggunakan lambang parti Warisan yang kononnya tidak mahu bekerjasama parti-parti dari Semenanjung.

Sambil menyatakan rasa terharu dengan sokongan baik rakyat sokongan terhadapnya, Salleh juga memohon maaf kepada mereka sekiranya beliau melakukan kesilapan dalam percaturan politik sebelum ini.

“Yang penting pada masa ini kita bersama-sama meneruskan pembangunan di negeri ini dengan memastikan BN kembali berkuasa dan menumbangkan kerajaan Warisan,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top