Berita Tular PM Beri Cuti Umum Rabu Ini Palsu – JPM

fake.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Jabatan Perdana Menteri (JPM) menafikan satu tangkap layar berita yang tular di media sosial memetik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan cuti umum pada Rabu ini susulan kemenangan Tan Sri Michelle Yeoh di Anugerah Akademi (Oscar).

JPM menerusi hantaran di laman Facebook rasminya memaklumkan maklumat yang disampaikan menerusi tangkap layar berita bertajuk “PM Anwar declares public holiday on Wednesday: This is the pride of a nation!” itu adalah palsu.

“Orang ramai diminta agar tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu.

“Tidak pasti, jangan kongsi,” menurut hantaran itu. – BERNAMA

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top