Beri Subsidi Kalau Kenaikan Harga Racun, Baja Sukar Dikawal – Masiung

masiung-1.jpg

Datuk Masiung Banah (Gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan perlu mencari jalan untuk mengatasi isu harga racun dan baja yang melonjak naik sehingga kini mencecah dua kali ganda.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah berkata, jika kenaikan harga bahan input pertanian itu sukar dikawal, Kerajaan perlu memberikan subsidi kepada pekebun kecil yang terkesan.

Saya mendengar rintihan warga petani yang amat tertekan dengan kos bahan pertanian yang melambung, sambil ditambah kos sara hidup yang tinggi.

Sebagai pemimpin akar umbi, saya sendiri terkejut dengan harga kayangan bahan input pertanian itu,” katanya yang juga Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) dalam satu kenyataan pada Khamis.

Masiung berharap, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) mengemukakan usul bantuan dalam Bajet Khas 2023 yang dibentangkan esok.

Mengulas lanjut, beliau berharap Kementerian berkaitan di peringkat persekutuan tidak lagi berdolak-dalik berhubung masalah tersebut, sebaiknya mencari jalan keluar agar pekebun kecil tidak terus dibelenggu harga kayangan bahan kimia itu.

Katanya, kenaikan harga racun rumpai dan baja bermula ketika negara berdepan pandemik Covid-19 pada pertengahan tahun 2020.

Saya mendengar rintihan rakyat terutama warga petani yang amat tertekan dengan kos bahan pertanian sambil di tambah kos sarah hidup yang tinggi.

Namun Kerajaan pada ketika itu gagal mengawal kenaikan harga bahan kimia berkenaan yang terus melonjak sehingga sekarang mencecah dua kali ganda,” jelasnya.

Masiung berkata, jika dahulu di Sabah harga baja 50kg dalam RM110 kini sudah meningkat RM220, manakala racun rumpai jenis biasa segelen (4 liter) sekarang sudah naik RM120 berbanding cuma RM55 sebelumnya. –Warta Oriental

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top