Beri Peluang Pada Hajiji – PM

Hajiji-n-PM.jpg

(Kredit foto: Hajiji Haji Noor)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Walaupun pada asasnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua parti dijemput untuk membentuk Kerajaan Perpaduan di Sabah, namun berikutan apa yang berlaku sebelum ini, beliau menyerahkannya kepada kerajaan negeri untuk membuat keputusan.

Perdana menteri memberitahu mengenai perkara itu pada sidang media Majlis Amanat Perdana Menteri Bersama Penjawat Awam Negeri dan Persekutuan, di sini, hari ini.

Berdasarkan apa yang dialami kerajaan negeri sebelum ini, saya menyerahkan kepada kebijaksanaan negeri untuk bincang dan putuskan,” katanya.

Anwar dilaporkan berkata demikian sebagai menjawab soalan sama ada usaha membentuk Kerajaan Perpaduan di Sabah wajar diteruskan atau tidak memandangkan kerajaan pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor kini memiliki majoriti yang kukuh.

Terdahulu, dalam ucapan amanatnya kepada penjawat awam, Anwar berkata kerajaan Pusat memilih untuk memberi peluang kepada Hajiji terus memimpin negeri ini.

“Kebangkitan atau penurunan satu generasi tertakluk kepada sistem yang stabil dan pimpinan yang berwibawa dan sebab itu kami di Pusat memilih untuk mempertahankan dan menyampaikan pandangan rakan-rakan di Sabah beri peluang kepada Ketua Menteri untuk memimpin dan mengangkat martabat Sabah.

“Rupa-rupanya dalam gaya kelembutannya, silat politik dia hebat juga. Dalam masa singkat dia boleh memantapkan kerajaan Sabah menjadi stabil dan sekarang saya fikir tidak lagi berbangkit ketegangan politik,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top