Beri peluang kerajaan Sabah lengkapkan penggal pentadbiran – Christina

Christina-Liew-1.jpg

(Gambar faill)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Semua pihak diminta memberi peluang kepada Kerajaan Sabah melengkapkan penggal pentadbirannya dan menyerahkan kepada rakyat membuat keputusan pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan, dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Seri Christina Liew berkata, apa yang penting sekarang adalah memberi fokus kepada tanggungjawab yang diamanahkan sejajar dengan prinsip kerajaan perpaduan yang mengutamakan pelaksanaan tugas dan memacu pembangunan ekonomi.

“Apa yang hendak dikejarkan? Jangan campur tangan. Berikan kerajaan peluang untuk menyelesaikan pentadbiran mereka, kemudian biarkan rakyat membuat keputusan dalam pilihan raya akan datang.

“Saya rasa itu adalah perkara yang paling adil untuk dilakukan. Jika ada isu, tunggu dan bersabar. Anda akan mendapat peluang anda kerana pilihan raya tidak lama lagi,” katanya sebagaimana dilaporkan NST.

Christina dilaporkan berkata demikian kepada media selepas menganjurkan majlis makan tengah hari Tahun Baharu Cina untuk pihak media di sebuah hotel di sini.

Turut hadir ialah Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan, dan Alam Sekitar Negeri merangkap Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah, Datuk Joniston Bangkuai.

Beliau yang juga bekas pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah dan ketua bahagian PKR Api-Api, berkata PH Sabah kini bekerjasama rapat dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Setakat ini, kami sehaluan dengan GRS. Mengenai kerjasama masa depan, kami sedang menyelesaikan perkara dalaman dalam PH dan akan berunding dengan GRS atau pihak lain kemudian.

“Adalah perkara biasa untuk mana-mana parti politik mempunyai pandangan berbeza apabila memilih sekutu. Ia bukan selalu tentang dua pihak – ia boleh melibatkan pelbagai pandangan daripada pelbagai pihak.

“Kami akan menangani kebimbangan tersebut apabila tiba masanya. Buat masa ini, tiada keperluan untuk tergesa-gesa,” katanya.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top