Berhadapan tekanan politik, serangan fitnah Hajiji Noor tetap teguh memimpin Sabah – Siswandy

Siswandy-Johan-Partrichard.jpg

Siswandy Johan Partrichard

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) Bahagian Tungku, memuji sikap Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, walaupun berhadapan tekanan politik hebat serta serangan fitnah sekali gus teguh dalam memimpin negeri ini.

Ketua Bahagiannya, Siswandy Johan Partrichard berkata, dibawah kepimpinan Ketua Menteri kepercayaan luar terhadap Sabah semakin meningkat sekali gus ekonomi negeri terus berkembang, disamping tahap keselamatan negeri semakin terjamin.

Katanya, ini khususnya daripada segala ancaman kerakusan politik serta tindakan tidak bermoral segelintir pihak cuba merosakkan imej negeri ini.

“Sekali lagi saya ingin menasihati seluruh warga Sabah agar tidak terpengaruh dengan budaya negatif dari luar yang bertentangan dengan nilai dan tradisi masyarakat di negeri ini.

“Kita harus mengutamakan perpaduan, saling menghormati, sentiasa menjaga keharmonian antara agama dan bangsa, khususnya dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negeri ini,” katanya dalam kenyataan semalam.

Siswandy berkata, ketika menghadapi cabaran globalisasi, rakyat mesti berpegang teguh kepada amalan budaya yang menjadi kekuatan penduduk pelbagai di negeri ini.

“Marilah kita semua terus bersatu hati dan bekerjasama untuk memastikan masa depan Sabah ke arah yang lebih cerah dan sejahtera.

“Saya percaya dengan integriti dan usaha berterusan, kita dapat menjaga Sabah dari sebarang bentuk penyelewengan serta memajukan secara lebih menyeluruh negeri ini,” jelas Siswandy.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, beliau ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tun Musa Aman atas pelantikannya sebagai Yang Di-Pertua Negeri Sabah ke-11.

“Pelantikan ini merupakan satu penghormatan besar dan saya percaya kepimpinan beliau akan terus memberikan manfaat yang besar kepada kemajuan serta kesejahteraan rakyat Sabah.

“Semoga pelantikan Musa ini akan  dapat memperkukuhkan lagi kestabilan serta perpaduan negeri ini,” kata Siswandy. – SNT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top