Berdepan Selangor FC Malam Ini, Sabah Simpan ‘Senjata Baharu’

Kim-Swee-n-Embalo.jpg

Kim Swee bersama Embalo selepas sesi latihan. FOTO FB SABAH FC

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee menyimpan ‘senjata baharu’ apabila tidak menggunakan penyerang import, Jose Embalo untuk aksi Liga Super bertemu Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam ini.

Kehadiran Embalo sebagai penggempur Sabah FC bakal menjadi ancaman kepada pasukan lain dalam memastikan skuad The Rhinos terus mengutip tiga mata penting untuk berada dalam kelompok tiga terbaik Liga Super.

Kim Swee berkata, beliau berharap penyokong Sabah FC dapat bersabar menantikan permainan Embalo yang berpengalaman luas beraksi di liga sekitar Eropah antaranya Portugal, Cyprus, Romania, Iceland, Poland dan Armenia.

“Bagi perlawanan dengan Selangor FC, Embalo tidak akan diturunkan kerana dia baru sahaja tiba dan kami perlu bagi sedikit masa kepada Embalo.

“Kami akan cuba memastikan Embalo berada pada tahap kecergasan baik sebelum menurunkannya pada perlawanan selepas ini.

“Pengalamannya bermain dalam banyak liga di Eropah diharap dapat memberi kelebihan untuk segera menyesuaikan diri dengan rakan dan rentak permainan pasukan,” katanya.

The Rhinos ketika ini dilihat berada dalam keadaan terbaik selepas menewaskan Sri Pahang FC 2-1 di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada 18 Jun lalu dan menduduki tangga teratas Liga Super buat seketika.

Namun, mereka perlu berwaspada dengan amukan Selangor FC yang tidak rela maruah mereka terus tercalar selepas dimalukan Johor Darul Ta’zim (JDT) 1-5 dalam aksi terakhir Liga Super pada Jumaat lalu. – HMetro

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top