‘Beras tulen, bukan plastik’

beras-plastik-1.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang dipercayai menyebarkan video berhubung dakwaan beras plastik di Sandakan baru-baru ini, tampil mengakui perbuatan berkenaan, semalam.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin, menerusi catatan di laman Facebook rasminya, pada Selasa.

Beliau berkata, lelaki terbabit datang ke pejabat syarikat pemborong beras yang didakwa menjual beras plastik terbabit dan mengakui dakwaan berkenaan tidak benar.

“Susulan siasatan dilakukan semalam, saya difahamkan seorang individu dipercayai perakam video tular berkenaan hadir ke Syarikat Sazarice Sdn Bhd di Sandakan pada pagi ini (semalam).

“Saya dimaklumkan dia mengakui dakwaan beras plastik itu adalah tidak berasas dan jenama beras yang dituduh adalah beras tulen.

“Saya menonton video yang mana individu itu memohon maaf kepada Syarikat Sazarice dan pihak terjejas,” katanya.

Katanya, syarikat berkenaan menerima permohonan maaf individu terbabit dan memberi amaran untuk tidak mengulangi perbuatan itu atau menyebarkan dakwaan tidak berasas yang boleh menimbulkan kegusaran orang awam.

Dalam kenyataannya semalam, Foong Hin dilaporkan berkata, kementerian memandang serius dakwaan beras plastik itu dan mengarahkan Kawal Selia Padi Dan Beras (KPB) melakukan siasatan lapangan.

Katanya, KPB mengambil sampel beras yang didakwa ‘plastik’ di premis peruncit dan pembekal sebelum dihantar ke Jabatan Kimia bagi untuk dianalisis. – BHarian

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top