Bengkel Pelan Tindakan Bakau Sabah Tingkat Usaha Pemuliharaan Hutan Bakau

bengkel-jab-hutan.jpg

Sebehagian peserta yang menyertai bengkel untuk Pelan Tindakan Bakau Sabah.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Jabatan Perhutanan Sabah dengan kerjasama WWF-Malaysia mengadakan bengkel untuk Pelan Tindakan Bakau Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini.

Ketua Konservator Hutan Datuk Frederick Kugan yang merasmikan bengkel berkata objektif pelaksanaannya adalah untuk melaksanakan pembangunan Pelan Tindakan Bakau Sabah 10 tahun kepada pihak berkepentingan serta menjadi platform untuk mewujudkan pengurusan bersepadu hutan bakau Sabah.

“Kawasan hutan bakau secara amnya terletak dibawah dua dasar perlembagaan iaitu perlindungan sumber kayu di bawah bidang kuasa Jabatan Perhutanan Sabah (SFD) dan kawasan hutan bakau di luar hutan simpan yang berada di bawah bidang kuasa Ordinan Tanah. 1930, oleh Jabatan Tanah dan Ukur.

“Pengeluaran bakau dari luar kawasan Hutan Simpan bagaimanapun tertakluk kepada Enakmen Hutan 1968 kerana statusnya sebagai salah satu hasil hutan di bawah Enakmen tersebut,” katanya.

Beliau berkata bakau menyediakan habitat penting bagi banyak spesies selain menstabilkan kawasan pantai, mencegah hakisan dan melindungi tanah daripada ombak dan ribut.

“Ini secara langsung memberi manfaat kepada masyarakat yang tinggal berhampiran hutan bakau dan wajar untuk kita menyediakan pengurusan dan perlindungan yang sewajarnya bagi kawasan bakau.

“Pendekatan holistik terhadap perlindungan dan pengurusan hutan bakau akan memastikan pengurusan kawasan ini lebih sistematik dan Pelan Tindakan Bakau Sabah perlu dilaksanakan dengan pelaksanaan bengkel ini,” katanya sambil menambah ianya disertai 51 peserta pelbagai sektor termasuk agensi kerajaan, syarikat swasta, ahli akademik, NGO dan masyarakat.

Katanya dengan penganjuran bengkel ini, pihak berkepentingan berpeluang untuk terlibat dalam perbahasan untuk menangani isu mengenai penggunaan dan pengurusan bakau selain mendapat perhatian kelulusan Kabinet Negeri.

Sementara itu Ketua Pemuliharaan WWF-Malaysia Sabah Dr. Robecca Jumin turut menyatakan penganjuran bengkel mampu menyokong usaha perlindungan hutan bakau di Sabah. – Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top