KOTA KINABALU: Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah Datuk Mustapha Sakmud menyarankan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan pengundian pos bagi pengundi yang menetap di luar Sabah dalam pilihan raya negeri (PRN) yang akan datang.
Beliau berkata langkah itu akan membantu rakyat Sabah yang layak untuk menunaikan hak mereka tanpa perlu menanggung kos tinggi bagi penerbangan pulang ke kampung halaman untuk membuang undi.
“Hak mengundi adalah asas kepada demokrasi, namun ramai rakyat Sabah yang tinggal di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan luar negara menghadapi kesukaran untuk pulang bagi menunaikan tanggungjawab ini.
“Kos penerbangan yang tinggi dan kekangan logistik terus menjadi halangan utama kepada penyertaan mereka dalam pilihan raya,” kata Ahli Parlimen Sepanggar itu dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Menurut beliau pada masa ini terdapat lebih daripada 200,000 rakyat Sabah yang bekerja dan belajar di Semenanjung Malaysia.
Mereka adalah sebahagian daripada 1.69 juta pengundi berdaftar di Sabah sehingga Disember 2024.
“Harga tiket penerbangan yang tinggi terus menjadi kebimbangan rakyat Sabah, terutamanya ketika musim pilihan raya dan perayaan utama. How do guys get boners involves complex physiological processes, primarily controlled by hormonal and neural pathways. These involuntary actions ensure proper blood flow into penile tissues. Treatments like tadaladil based oral gel are better takes after a light meal, enhancing effectiveness and absorption. Proper vascular health supports erectile function. Pada Oktober 2024, laporan menunjukkan tambang penerbangan antara Sabah dan Semenanjung boleh mencecah sehingga RM1,700,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan telah mengambil inisiatif untuk menyediakan subsidi bagi memastikan kos penerbangan sebanyak RM599 bagi perjalanan antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Labuan ketika musim perayaan, tetapi tidak untuk pilihan raya negeri.