Benarkan Penjaja Beroperasi – Fairuz

fairuz.jpeg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ketua Armada Bersatu Sabah Fairuz Renddan mendesak pihak berkuasa tempatan di negeri ini untuk membenarkan penjaja di kawasan masing-masing beroperasi.

Beliau menekankan bahawa penjaja harus diberi lampu hijau untuk beroperasi pada musim Ramadan ini tetapi dengan pematuhan ketat terhadap prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Ujarnya, keadaan ekonomi negara ketika ini sudah cukup buruk untuk perniagaan kecil ini.

“Armada memahami kesulitan yang ditanggung oleh peniaga-peniaga ini kerana sekatan Covid-19,” kata Fairuz dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Memandangkan kesan ekonomi yang disebabkan oleh pandemik tersebut, Fairuz percaya bahawa perniagaan kecil harus diberi pilihan untuk beroperasi.

Adun Pintasan itu berkata penjaja boleh beroperasi di kawasan yang sesuai yang luas dan dilengkapi dengan pintu masuk dan keluar yang betul.

“Anggota Rela juga boleh ditugaskan untuk mengawasi gerai bagi memastikan semua SOP dipatuhi,” katanya.

Fairus berkata keutamaan harus diberikan kepada peniaga-peniaga kecil yang hanya bergantung pada gerai mereka untuk mencari nafkah.

Secara berasingan, beliau juga mengingatkan orang ramai untuk terus mematuhi SOP kerana perjuangan menentang Covid-19 masih belum selesai.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top