Benar Rentas Daerah Atau Kami Tunjuk Perasaan – Pengusaha Bas Ekspres Sabah

donald.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Majlis Pengusaha Bas Ekspres Sabah (SEBOC) mendesak kerajaan negeri membenarkan laluan rentas daerah bagi membolehkan perkhidmatan bas ekspres beroperasi seperti biasa mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Presidennya Donald Hanapi (gambar) berkata, keputusan untuk mendesak kerajaan dibuat selepas satu mesyuarat diadakan mereka, hari ini.

“Pengusaha bas ekspres mendapati ramai pemilik kenderaan persendirian dapat rentas daerah dan yang terkini perkhidmatan kapal terbang juga sudah beroperasi.

Donald Hanapi berkata SEBOC akan membuat tunjuk perasaan di depan pejabat ketua menteri jika rintihan mereka tidak dipedulikan.

“Beban kerugian ditanggung pengusaha bas ekspres tidak dapat dibendung lagi kerana rentas daerah belum dibenarkan, pemandu dan kakitangan terlibat tidak mampu lagi meneruskan hidup kerana tiada pendapatan,” katanya dalam kenyataan.

Donald turut mempersoalkan mengapa kerajaan negeri tidak mengikut langkah diumumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang membenarkan aktiviti rentas daerah di lima negeri lain.

“Sekiranya kerajaan negeri tidak mengambil perhatian atau berbincang dengan persatuan, maka kami akan membuat tunjuk perasaan di depan pejabat ketua menteri.

“Langkah itu saya harap akan membuka mata pihak berkuasa kerajaan negeri, lebih 100 bas termasuk pemandu dan kakitangan akan menyertai tunjuk perasaan ini jika kami tidak dipedulikan,” katanya. – FMT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top