Benar Kemasukan Pelancong Brunei Akan Percepat Pulih Industri Pelancongan – Jafry

jafry.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Jafry Ariffin berkata, kebenaran kemasukan pelancong dari Brunei ke Sabah bakal mempercepat fasa pemulihan industri pelancongan yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19.

Beliau berkata, pengusaha industri pelancongan juga bersiap sedia untuk pembukaan semula operasi kepada pelancong dalam dan luar negara dengan menyediakan pelbagai protokol dan prosedur kesihatan serta keselamatan yang ditetapkan.

“Pihak kementerian menyambut baik langkah kerajaan membenarkan kemasukan pelancong dari Brunei, sama ada menerusi jalan darat mahupun udara.

“Keputusan itu diambil selepas negara jiran berkenaan tidak mencatat sebarang kes positif Covid-19 sejak tujuh bulan lalu, sekali gus dikategorikan sebagai negara hijau.

“Bagaimanapun, pengunjung (dari Brunei) perlu menjalani ujian saringan Covid-19 tiga hari sebelum perjalanan, iaitu syarat sama kepada pengunjung domestik yang mahu memasuki Sabah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jafry berkata, mengikut statistik pelancongan Sabah, jumlah pelancong dari Brunei meningkat daripada 56,259 pelancong pada 2018 kepada 78,605 pelancong tahun lalu.

Beliau juga menggesa rakyat tempatan supaya memanfaatkan cuti hujung minggu dengan menerokai dan mengunjungi tempat menarik dalam negara bagi merancakkan lagi ekonomi pelancongan domestik.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top