Belia USIA, Zahra Travel jalin kerjasama strategik untuk berdakwah

Jamawi-Zahra-Travel.jpg

Jamawi menerima kertas cadangan daripada wakil Zahra Travel.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Dalam usaha membangunkan dan menambah baik jaringan institusi dakwah di negeri ini Badan Belia Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) menjalinkan kerjasama dengan Zahra Travel.

Ketua Belia USIA Sabah Datuk Jamawi Jaafar berkata, kerjasama strategik itu tepat kerana akan menjadi platform dalam merealisasikan hasrat badan tersebut melebarluaskan gerakan dakwah khususnya di kalangan generasi muda.

Menurut beliau kedua-dua pihak secara asasnya bersetuju bekerjasama bagi memperkasakan hal ehwal islam di Sabah dalam aspek pembangunan fitrah, budaya kesederhanaan Islam dan nilai wasatiyyah menerusi seminar, kursus dan konvensyen yang turut melibatkan masyarakat setempat.

“Kami juga bersetuju untuk mengukuhkan peranan dan kandungan media Islam yang dapat membangunkan masyarakat yang maju dan progresif serta mengalu-alukan kesediaan pihak Zahra Travel sebagai rakan strategik pembangunan hal ehwal Islam di Sabah,” katanya kepada media selepas mengadakan perbincangan dan penerimaan kertas cadangan dari Zahra Travel baru-baru ini.

Jamawi berkata, penekanan tentang Islam wasathiyah atau membina gagasan ummatan wasatan adalah sejajar dengan program pemerkasaan hal ehwal Islam yang sedang dan akan terus digerakkan oleh Belia USIA yang antaranya menekankan elemen kehormatan institusi Islam dan kesejahteraan insan.

“Usaha-usaha untuk membina negara khususnya dalam pelaksanaan agenda Membangun Malaysia MADANI perlu disokong oleh semua pihak dan kita amat berterima kasih kepada Zahra Travel yang sedia bekerjasama dan berharap lebih banyak lagi badan-badan NGO Islam dan sektor korporat lain di negeri ini bersedia menjalin kerjasama dalam gerakan dakwah bersama Belia USIA,” katanya.

Untuk itu Jamawi berkata Belia USIA mengambil pendekatan untuk menyelaraskan program ini mengikut zon di mana sebanyak enam zon akan berkolabrasi menyelaras dan melaksanakan program ini.

Tambah Jamawi antara zon-zon yang terlibat, Zon Satu merangkumi Kota Belud,Kudat, Kota Marudu, Pitas; Zon Dua: Kota Kinabalu, Tuaran, Tamparuli; Zon Tiga: Papar, Membakut, Kuala Penyu Beaufort, Sipitang; Zon Empat: Keningau, Tambunan, Tenom dan Pansiangan; Zon LimaL Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Libaran dan Zon Enam: Tawau ,Semponra,Kunak Lahad Datu dan Tungku.

“Penyelaras zon-zon terlibat akan berbincang bentuk program yang sesuai untuk diadakan samaa da fardu ain, fardu kifayah atau mengikut keperluan yang sesuai di lokasi yang ditetapkan untuk melaksanakan program berkenaan,” katanya

Jamawi yang juga Pengerusi SUDC berharap program ini akan dapat dimulakan awal tahun depan dan dilaksanakan peringkat demi peringkat mengikut zon-zon yang telah ditetapkan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top