Belia Sabah Digesa Memilih Institusi Pendidikan Tempatan

Jeffrey-1.jpg
Kongsi Bersama

TAMBUNAN: Rakyat Sabah digesa menyokong institut pengajian tinggi tempatan bagi membantu meningkatkan kualiti institusi-institusi itu.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata ibu bapa yang teragak-agak menghantar anak mereka menyambung pelajaran ke luar negara semasa penularan wabak Covid-19 perlu mempertimbangkan Kolej Universiti Yayasan Sabah (UCSF), sebuah institusi tempatan.

“UCSF sentiasa bersedia memberi ruang dan peluang kepada belia Sabah. Justeru, saya amat menggalakkan anak-anak dan ibu bapa kita memilih UCSF.

“Ia dimiliki sepenuhnya oleh Yayasan Sabah dan kurikulum serta kualitinya setanding dengan mana-mana kolej lain di luar Sabah,” katanya semasa pelancaran program Jelajah Pendidikan UCSF untuk membantu lepasan sekolah memilih laluan masa depan mereka.

“Saya menggesa belia di negeri ini merebut peluang ini untuk berkembang dan merealisasikan aspirasi mereka bersama UCSF. Kerajaan Sabah akan terus menyokong rakyat Sabah dalam semua sektor termasuk pembangunan sosial dan ekonomi,” katanya.

Lawatan itu, katanya, menyasarkan pelajar lepasan sekolah daripada kumpulan B40, di mana ia mempamerkan keupayaan kolej itu dalam menyediakan pendidikan berkualiti dan set kemahiran kepada bakal pelajarnya.

“Melalui lawatan ini, UCSF akan dapat memberikan maklumat yang komprehensif dan tepat tentang program dan kursus yang ditawarkan di kampusnya.

“Lebih penting, program yang diadakan di sini memberi peluang kepada kolej universiti untuk memperkukuhkan lagi kerjasama dengan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) dan ketua masyarakat di daerah ini,” katanya.

 

Foto: FB Jeffrey G. Kitingan Page

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top