RANAU: Golongan belia perlu mengamalkan disiplin diri serta bijak merancang aktiviti yang mampu mendatangkan faedah kepada komuniti setempat.
Timbalan Menteri Dalan Negeri II Datuk Jonathan Yasin berkata, para belia juga perlu melibatkan diri dengan aktiviti sihat.
“Belia perlu menghindarkan diri daripada kegiatan tidak bermoral seperti menagih dadah, mencuri dan merosakkan harta benda awam,” katanya ketika merasmikan Program Mesilou Enduro Open Challenge 2021 di sini baru-baru ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Ranau berkata, program anjuran Mesilou Volunteer Club di Masilou Kundasang baru-baru ini melibatkan 150 orang peserta dari Kota Kinabalu, Tawau, Pitas, Kota Marudu dan Ranau.
Sementara itu, Pengerusi Kelab Belia Mesilou Ahmad Sam Gupili ketika ditemui berkata, pihaknya merakamkan penghargaan dan terima kasih atas kehadiran serta sumbangan dari pihak Jonathan dalam membantu menjayakan kejohanan lasak tersebut.
Sumber berita: Utusan Borneo
Sumber foto: FB Jonathan Yasin