Belia Karamunting terima dua bot untuk tingkatkan pendapatan dan aktiviti sihat

bot-karamunting.jpg

George (ketiga kiri) bersama belia dan hadirin semasa penyerahan salah satu bot berkenaan pada Jumaat.

Kongsi Bersama

SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin menyumbangkan dua buah bot untuk belia Karamunting pada Jumaat.

Penyerahan bot itu dilakukan menerusi satu majlis ringkas yang juga dihadiri Ketua Pemuda Parti Gagasan Rakyat Karamunting, Daniel Suhaimi, Kapitan  Tommy Yap, Pembantu Khas ADUN Karamunting, Yap Hsiu Min dan serta Ketua Kampung Seng Kee, Adin Awang.

Jelas George, dua bot itu juga antara usaha menggalakkan belia kawasan itu menjalankan aktiviti sihat antaranya  memancing selain membantu mereka menjana pendapatan tambahan.

Tambahnya, sumbangan ini juga dibuat berdasarkan minat belia tempatan terhadap aktiviti memancing sebagai riadah sambil memberi peluang kepada mereka yang memerlukan untuk menggunakan bot tersebut bagi meningkatkan pendapatan keluarga melalui hasil tangkapan laut.

Katanya, belia juga adalah masa depan masyarakat.

Beliau berharap bot-bot ini dapat memainkan peranan positif sama ada sebagai alat rekreasi atau sumber pendapatan.

Dalam pada itu, George berkata, kerajaan juga komited untuk terus menyokong program-program seperti ini demi kesejahteraan rakyat.

Beliau juga menekankan aspek keselamatan dan mengingatkan belia agar sentiasa memakai jaket keselamatan selain memantau keadaan cuaca sebelum turun ke laut untuk mengelakkan risiko semasa cuaca tidak menentu.

Pihaknya juga menyatakan kesediaan untuk terus menyokong inisiatif yang memberi impak langsung kepada kehidupan rakyat terutamanya golongan belia. – NABALU NEWS

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top